Wednesday, 4 May 2011

Book Review : KEMBARA DUA KOTA

Tajuk : Kembara Dua Kota. Mendamba Cinta Ilahi
Penulis : Nor Dalilah Abd Rashid
Edaran : MustRead Sdn Bhd
Harga : RM20


Buku ini hanya mengambil masa seminggu utk dihabiskan. Sama seperti buku Travelog Haji. Ia menceritakan pengalaman seorg wanita muda yg menunaikan umrah dan haji. Buku ini agak ringkas penerangan mengenai cara2 mengerjakan haji. Tidak spt buku Travelog Haji yg menerangkan secara terperinci beserta lakaran rajah cara2 yg terbaik utk menunaikan haji.


Empunya diri membelinya kerana mahu membaca pengalaman haji/umrah yg dilalui oleh kaum wanita pula. Apakan kesulitan, kepayahan dan kekangan yg dihadapi oleh jemaah haji/umrah wanita. Pelbagai perasaan yg melanda tatkala mahu menghabiskan pembacaan buku ini. Kadang-kala empunya diri menitiskan air mata. Sayu. Terasa amat memahami perasaan yg dialami oleh penulis ketika itu. Dan kadang2 merasakan diri sudah berada disana. Terbayang2 Kaabah di depan mata. Ya Allah jemputlah kami, jemputlah kami ke rumahMu.


Pada catatan awal menyatakan bhw penulis telah pergi menunaikan umrahnya utk pertama kali. Dan dari situ dgn perasaan rindu yg tak terperi, hati beliau nekad utk menunaikan haji secepat mungkin. Perasaan rindu kadangkala membuatkan penulis mahu terbang ke sana. Ya Allah jemputlah kami, jemputlah kami ke rumahMu.


DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN Persamaan yang amat ketara di dalam kedua2 buku ini ialah penekanan peri pentingnya berdoa. Doa yg diucapkan dgn penuh pengharapan kepada Allah umpama nyalaan api pada jiwa yg mengharap nescaya akan dimakbulkan Insya Allah. Allah Maha Mendgr akan setiap rintihan hambaNya. Setiap peristiwa dan aturan yg berlaku ke atas hambaNya telah diatur oleh Allah sebaik2nya. Satu per satu perkara yg berlaku membawa kearah matlamat yg didoakan itu. Cuma kita kerap lupa, buta minda dan hati utk melihat bhw Allah mampu menjadikan apa yg tak terlangkau oleh fikiran manusia. Subhanallah. Ya Allah jemputlah kami...jemputlah kami ke rumahMu.


"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya org-org yg sombong terhadap menyembahKu nanti mereka akan masuk ke dlm neraka serta terhina." (Ghafir : 60)



Dari Anas Bin Malik, Baginda SAW mengajar mereka yg mengharapkan pertolongan Allah agar membaca yg bermaksud: "Wahai Tuhan yg sentisa hidup dan berkuasa, dgn rahmatMu aku memohon pertolongan."




Peristiwa ini membuatkan empunya diri terkenang seorg kenalan baik. Dia telah pun menunaikan haji 2009. Dia menceritakan sebenarnya niat di hati mahu membawa ibu menunaikan umrah. Dia sentiasa bertahajjud dan sembahyang hajat supaya dipermudahkan segala urusannya. Empunya diri masih ingat lagi bagaimana teman ini berkata dia berdoa bersungguh2 supaya Allah cukupkan perbelanjaan menunaikan umrahnya bersama ibu. Masya Allah, DIA Maha Mendgr... Pada thn yg sama juga ibunya mendpt jemputan utk menunaikan haji. Memandangkan ibunya berseorangan maka pihak Tabung Haji secara automatik memasukkan nama teman ini pergi bersama. Sesungguhnya senarai nama di Tabung Haji tak sama dgn senarai nama yg tertulis oleh Allah SWT. Masya Allah... Ya Allah jemputlah kami... jemputlah kami ke rumahMu.


Empunya diri ada terbaca artikel mengenai "Evolusi Makkah" menceritakan pelbagai pembangunan pesat berlaku di kawasan Masjidilharam, ada tempat2 peninggalan sejarah terpaksa dirobohkan spt Masjid Kuching, Masjid Jin, rumah Siti Khatijah yg juga tempat tinggal Rasulullah SAW. Terdpt ura2 utk merobohkan rumah kelahiran Rasulullah SAW. Masya Allah, agaknya bila kita ke sana tinggal beberapa kerat shj tempat peninggalan sejarah. Masya Allah, Ya Allah, jemputlah kami, jemputlah kami ke rumahMu


psst : Dan ketika ini anak dara empunya diri dalam perjalanan mengikuti kem motivasi sek di Kem Raudhah, Batu 13, Gombak. Semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatannya semasa di sana. Dijauhi dari sebarang malapetaka buruk, kemaksiatan, kesesatan dan keaiban. Semoga dia gembira bersama teman2. Bertuahnya budak2 kini. Dulu empunya diri tak berpeluang langsung nak berkem2 ni.

1 comments:

  1. Puan Nurul
    mohon untuk link blog puan ke blog saya yer..( entry ini).terima kasih

    ReplyDelete